Assalammuailaikum dan salam sejahtera kepada semua pengunjung Blog LensaBujang. Di ruangan ini kami ingin berkongsi info tentang "Crew LensaBujang" dan bagaimana tertubuhnya kumpulan nih sehingga ke hari ini.
Hurm, semuanya bermula kerana minat yang sangat mendalam di dalam seni fotografi ini. Kami percaya sekiranya tiada minat, sudah pasti setiap perkara yang kita lakukan itu tidak bersungguh-sungguh dan akhirnya pasti sia-sia sahaja. Oleh itu, minat itu sangat penting dalam semua perkara termasuklah hobi atau pun aktiviti yang kita selalu lakukan ketika waktu lapang. Betul tak?
Selain itu, perasaan kagum terhadap hasil karya photographer lain turut menyumbang kepada kekuatan minat kami semua terhadap seni fotografi ini. "Setiap gambar mempuyai cerita..", itulah kata-kata yang sering didengar bila kita semua mula berbicara tentang gambar tidak kiralah samada ianya dilukis atau pun diambil dari sebuah kamera.
Kami bukanlah antara golongan ahli fotografi yang profesional mahupun amatur. Kami terdiri daripada beginner yang cuba untuk melangkah setapak ke hadapan dengan hanya berbekalkan pengalaman dan sedikit ilmu tentang fotografi. Kebanyakan rujukan kami adalah melalui website, majalah dan perbincangan sesama rakan fotografi yang lain.
Secara amnya, crew ini mempunyai tiga orang anggota utama iaitu :-
Mohd Yunus Ismail (Yunuih) |
Erman Hanif Elias (Man) |
Fazli Azira (Pok Mat Ness Tum) |
Nama LensaBujang ini terhasil daripada perbincangan antara kami semua. Daripada perbincangan tersebut pelbagai nama yang dicadangkan sehingga tidak tahu mana satu yang nak dipilih. Oleh sebab semua ahli LensaBujang ini belum berkahwin lagi, jadi nama "LensaBujang" kami pilih sebagai nama crew fotografi ini. Kami memohon maaf sekiranya terdapat persamaan dengan mana-mana pihak yang mungkin turut mempunyai nama kumpulan yang hampir sama dengan kami.
Crew LensaBujang ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua yang terlibat samada secara langsung atau pun tidak bagi menjayakan setiap program atau aktiviti yang dirancang selama ini.
Terima Kasih.
Lensa Bujang Crew boleh dihubungi melalui :-
Email : unose.baik@gmail.com
ermanhanif@gmail.com
fazliness87@yahoo.com
Peralatan & Aksesori
1 - Kamera Model Nikon D7000
2 - Lens : Tamron 18-200mm f3.5/5.6D
Nikkor 18-105mm f3.5/5.6G
Nikkor 18-55mm f3.5/5.6G
Nikkor 50mm fix len f1.8D
3 - Flashlight Model Nissin Mark II 622d
Flashlight Model Nissin Mark II 866d
4 - Reflector
5 - ND filter
No comments:
Post a Comment